Pemikiran Ayatollah al Uzma Sayyid Ali Khamenei dan Sejarah Hidupnya
Posted on Oktober 1, 2010 by syiahali
” Selama bertahun-tahun lamanya, saya telah mengenali kamu. Hubungan di antara kita bahkan sudah terjalin, jauh sebelum tercetusnya revolusi. Hingga kini saya mengenal kamu sebagai salah satu tulang belakang revolusi Iran. Kamu juga saya kenal sebagai salah seorang yang sangat memahami masalah-masalah hukum Islam dan taat kepada hukum-hukum tersebut. Terkait dengan penegakan sistem Islam yang berlandaskan konsep Wali Al Faqih, anda terbukti telah berani mengorbankan apa pun, termasuk nyawa demi menegakkan sistem pemerintahan yang suci ini. Anda di antara orang yang setia kepada revolusi dan agama. Anda umpama matahari yang memberikan cahaya kepada sekelilingnya….”( Ucapan Imam Khomeini kepada Imam Khamenei, Sahifah Noor, ms 173)
(Iddi’a Nameh ‘Alayhi Tamaddune Gharb)
Imam Khamenei
Sebuah keluarga yang sederhana.
28 Safar 1382 Hijrah, bertepatan dengan tanggal 18 APril 1939, keluarga miskin dan sederhana dari keturunan Rasulullah(sawa) yang bersambung pertaliannya dengan Imam Hussain(as), iaitu keluarga Hujjatul Islam Sayyid Jawad al Hussaini telah melahirkan putera kedua yang diberi nama Sayyid Ali. Pada ketika itu tidak ada langsung tanda-tanda yang menunjukkan bayi yang tampan itu akan suatu hari nanti menjadi salah satu dari panji utama Revolusi Islam di Iran. Ayah beliau, Sayyid Jawad, tidak langsung membayangkan bayi yang dilahirkan di kawasan terpencil Khamene berhampiran Masyad, kelak akan disebut oleh Almarhum Ayatollah Telegani, Imam Jumaat pertama setelah revolusi sebagai pemimpin masa depan Republik Islam Iran dan dunia Islam.
Beliau kini dikenali sebagai Ayatollah al Uzma Sayyid Ali Khamenei, seorang Wali Al Faqih. Kemanapun tempat beliau kunjungi di Iran, maka sudah pasti ribuan malah jutaan sekalipun, rakyat mengalu-alukan kedatangan beliau. Mereka bertempikan “Khamenei Khomeini-ye digar ast!!” (Khamenei ialah sebuah jelmaan Khomeini). Setiap kali beliau menghabiskan pidato beliau terhadap rakyatnya dalam mempersiapkan diri menghadapi serangan kuasa besar dunia, rakyat akan meneriak, ”Ma hame sarbaz e tu im Khamenei! Gush be farman e tu im Khamenei.!!” (Kami semua ialah perajurit mu wahai Khamenei! Telinga kami sedang siap mendengarkan perintah mu, wahai Khamenei.)
Masa kanak-kanak
Semasa zaman kanak-kanak, beliau telah diajarkan Al Quran oleh bapa beliau sendiri. Pada usia 7 tahun, beliau memulakan pendidikan di sekolah rendah, sehinggalah ke sekolah menengah. Di ketika inilah beliau mula memasuki dunia Hauzah. Ketika di wawancara, apabila ditanya kepada Sayyid tentang cita-cita beliau, Sayyid menjawab beliau tidak begitu mengingati apakah cita-cita beliau, tetapi apa yang beliau tahu, beliau meminati untuk belajar ilmu-ilmu keagamaan di hauzah ilmiyah. Sayyid Ali sendiri memang sangat menyukai ilmu-ilmu keagamaan, dan pengetahuan luas ayah beliau menambahkan lagi kekaguman dan keinginan beliau.
Sejak dari awal memasuki dunia hauzah, Sayyid Ali sudah mengenakan pakaian ruhani dari sehari ke sehari, iaitu gamis, qaba, aba’ah dan serban hitam yang menandakan beliau dari keturunan Rasulullah(sawa). Beliau juga turut menambah bahawa pakaian seperti itu juga adalah untuk menunjukkan tanda protes kepada rejim Pahlavi yang memang sangat terkenal membenci pakaian seperti itu.
Adapun alasan kenapa beliau masuk pendidikan di Hauzah Ilmiah dan memilih untuk menjadi seorang ruhani, beliau berkata: “Penyebab utama kenapa saya memilih jalan tersebut ialah kerana saya tertarik dengan cahaya keruhanian ayah saya. Dan sementara ibu saya pun merasa senang dan banyak memberi semangat kepada saya untuk itu”. (Khursyid-e Taban-e Inqilab-e Islami hal 4)
Beliau banyak mempelajari berbagai buku sastra Arab seperti jami’ul muqadimat, suyuti dan mughni yang dibimbing langsung oleh guru yang aktif mengajar di dua madrasah ”Sulaiman Khan” dan ”Nawab”, sementara ayah beliau pun selalu mengikuti perkembangan pendidikan putra-putrinya. Oleh karena itu, sayyid Ali Khamenei mempelajari kitab Ma’alim, Syara’i Al Islam dan Syarh Al-Lum’ah di bawah pengawasan langsung ayah beliau dan sempat beberapa saat dibimbing Mirza Mudarris Yazdi. Sedangkan kitab Rasa’il dan Makasib beliau pelajari langsung dari Syeikh Hasyim Qazwini. Kitab Fiqih dan Ushul peringkt pertengahan (sathah) hauzah yang lain beliau pelajari dari ayahanda beliau sendiri.
Jenjang pertengahan (sathah) dalam pendidikan hauzah berhasil beliau selesaikan dengan cepat (kurang lebih lima setengah tahun) dan dengan hasil yang menakjubkan. Ayah beliau sangat memiliki peranan penting dalam kejayaan beliau dalam melalui berbagai pelajaran pendidikan hauzah yang ada.
Di bidang ilmu logik dan filsafat, beliau mempelajari kitab Al Manzhumah karya Sabzawari di bawah bimbingan Al-Marhum Mirza Jawad Agha Tehrani. Sementara kitab-kitab lainya di bawah bimbingan Al-Marhum Syeikh Ridha Aisi.
Di Hauzah Najaf Asyraf
Sejak usia 17 tahun, Ayatullah Khamenei telah memulai pendidikan ”bahtsul kharij” di bidang Fiqih dan Ushul di bawah bimbingan seorang marja’ besar waktu itu, Al-Marhum Ayatullah Al-Uzhma Milani. Dan pada tahun 1958, dengan maksud untuk menziarahi berbagai tempat suci di Iraq, beliau bertolak menuju Najaf Asyraf (Iraq). Di sana, beliau mendapat kesempatan untuk mengikuti berbagai pelajaran ”bahtsul kharij” di bawah bimbingan langsung para mujtahid besar Hauzah Najaf, seperi Al-Marhum Muhsin Al-Hakim, Sayyid Abul Qosim Al-Khu’i, Sayyid Mahmud Syahrudi, Mirza Baqir Zanjani, Sayyid Yahya Yazdi dan Mirza Hasan Bujnuwardi.
Setelah melihat kesesuaian situasi belajar-mengajar dan berbagai bentuk penelitian yang ada, maka beliau pun membuat keputusan untuk menetap di sana. Akan tetapi, ayah beliau tidak mengizinkannya lalu beliau pun kembali ke Masyhad. (Harian”Ettela’at” tertanggal 17-10-1373 HS).
Di Hauzah Qom
Pemimpin Iran
Ayatullah Khamenei mempelajari pendidikan tingkat tinggi (Bahtsul Kharij) dibidang Ushul, Fiqih dan filsafat semenjak tahun 1943 hingga 1959 di kota suci Qom di bawah bimbingan langsung tokoh-tokoh utama Hauzah pada saat itu, seperti Ayatullah Al-Uzhma Burujurdi, Imam Khomeini, Syeikh Murtadha Al-Hairi Yazdi dan Allamah Thaba’tabai.
Dan pada tahun 1965, dari surat-menyurat yang beliau lakukan dengan ayah beliau, akhirnya beliau tahu bahwa salah satu mata ayah beliau buta disebabkan sakit mata. Hal tersebut menyebabkan beliau prihatin sehingga beliau bimbang antara memilih tetap tinggal di Qom untuk melanjutkan pelajaran di Hauzah dengan berbagai keagungannya atau memilih kembali ke Masyhad untuk menjaga dan merawat ayah beliau.
Akhirnya, Ayatullah Khamenei memutuskan dengan niat demi mendapat keridhaan Ilahi, untuk meninggalkan kota suci Qom dan beranjak menuju Masyhad demi merawat ayah beliau. Dalam mengenang hal tersebut beliau berkata: “Lantas saya beranjak menuju Masyhad. Di sana Allah banyak sekali mengurniakan taufik-Nya kepada saya sehinga saya tetap bisa menjalankan kewajiban dan pekerjaan saya “. (Khaterat wa hikayatha jilid 1 hal 27-30)
Ayatullah Khamenei telah memilih jalan terbaik dari dua arah yang beliau hadapi walaupun sebahagian para pengajar dan sejawat beliau mempersoalkan keputusan beliau yang begitu cepat meninggalkan hauzah di Qom. Mereka beranggapan, jika beliau tetap tinggal dan menetap di Qom, niscaya beliau akan menjadi lebih baik di masa mendatang. Akan tetapi, waktu telah mmbuktikan bahwa apa yang beliau pilih adalah benar dan takdir Ilahi telah menetapkan sesuatu yang lain dan lebih baik dari apa yang mereka sangka atas beliau. Mana ada orang yang menyangka bahwa seorang pemuda berusia 25 tahun yang memiliki potensi besar meninggalkan kota suci Qom menuju Masyhad untuk mendapat ridha Ilahi dan untuk berkhidmat pada ke dua orang tuanya lantas 25 tahun kemudian menjadi pemimpin atas segala urusan kaum muslimin (wali amril muslimin)?!
Selama menetap di Masyhad, beliau tidak meninggalkan pelajarannya kecuali di hari-hari cuti, sewaktu berjuang melawan rezim Pahlevi dan sewaktu di penjara ataupun sedang bermusafir. Hingga tahun 1968, secara rasmi pelajaran-pelajaran beliau di bidang fiqih dan ushul berada di bawah bimbingan guru-guru besar hauzah Masyhad, khususnya Ayatullah Milani dan terus berlanjutan semenjak dari tahun 1965. Bermaustatin di Masyhad selain untuk belajar dan berkhidmat kepada ayah dan ibu yang telah lanjut usia, beliau juga sibuk mengajar Fiqih, Ushul dan berbagai pengetahuan agama yang lain kepada para pelajar muda dan mahasiswa. (Syahid no 12)
Aktif dalam gerakan politik
Ayatullah Khamenei mengakui bahwa dirinya adalah: “Salah seorang murid Imam Khomeini r.a. di bidang Fiqih, Ushul, politik dan revolusi”, (Majalah”Surush” no 115) Akan tetapi, bara politik, pergerakan dan permusuhan terhadap “thaghut” beliau dapati pertama kali dari sayyid Mujtaba Nawab Shafawi, seorang mujahid besar yang gugur di jalan Islam dan hal itu begitu melekat di hati sanubari beliau. Ketika sayyid Nawab Shafawi pada tahun 1953 disertai beberapa teman seperjuangannya datang ke Masyhad dan di madrasah ”Sulaiman Khan” berceramah dengan penuh semangat perjuangan dan membangkitkan ghairah berjuang untuk menghidupkan kembali Islam dan menegakkan hukum Ilahi dengan menjelaskan dan menyingkap tipu daya rejim Reza Pahlevi dan Inggeris dalam memperdaya bangsa Iran.
Saat itu Ayatullah Khamenei adalah salah seorang pelajar muda di madrasah ”Sulaiman Khan” tersebut dan sejak saat itu, ceramah sayyid Nawab Shafawi sangat berpengaruh pada diri beliau. Beliau berkata: “Sejak saat itu, semangat dan bara revolusi Islam telah berkobar pada diri saya berkat Nawab Shafawi dan tidak saya ragukan lagi bahwa Nawab Shafawilah yang telah menyulut bara tersebut dalam jiwa saya”. (Khusyid-e taban-e inqilab hal 10-11)
Mendampingi Perjuangan Imam Khomeini r.a.
Pada tahun 1963, Ayatullah Khamenei datang kembali ke kota Qom untuk mendampingi Imam Khomeini r.a. memulai gerakan revolusi dalam menentang rejim Muhamad Reza Pahlevi, anak emas Amerika. Dalam memasuki percaturan politik selama 16 tahun penuh dengan berbagai macam pahit dan getir perjuangan mencakup penyiksaan, penahanan maupun pengasingan, namun beliau sama sekali tidak merasa takut atas segala bahaya yang selalu mengancam.
Di bulan Muharram pada tahun 1963 untuk pertama kalinya Imam Khomeini r.a. memberikan mandat kepada beliau untuk menyampaikan pesan buat Ayatullah Milani dan segenap ulama di daerah Khurasan berkenaan dengan agenda dakwah para ruhaniawan pada bulan Muharram untuk memporak-porandakan sistem politik rezim Pahlevi sebagai boneka Amerika dan menjelaskan situasi terakhir Iran dan segala kejadian yang terjadi di kota suci Qom.
Akhirnya, beliau pun berhasil melaksanakan mandat tersebut dengan baik. Kemudian beliau bertolak menuju kota Birjan untuk bertabligh. Di sana beliau menyampaikan pesan-pesan Imam Khomeini kepada masyarakat setempat untuk menentang sistem politik rezim Pahlevi dukungan Amerika.
Pada hari ke-9 bulan Muharram (tahun 1964), beliau ditahan dan setelah satu malam di dalam penjara, beliau dibebaskan dengan syarat tidak boleh naik ke mimbar lagi dan terus diawasi.
Setelah peristiwa berdarah 15 khurdad (di Qom), beliau ditangkap kembali dan dibawa dari Birjan ke Masyhad lalu diserahkan ke tahanan tentera setempat, dan di situ beliau merasakan berbagai bentuk penyiksaan dan gangguan yang amat menyakitkan. (Khaterat wa hekayatha jilid 1 hal 21-23)
Penangkapan Kedua
Di tahun 1966 bertepatan dengan Ramadhan 1383, Ayatullah Khamenei beserta beberapa rakan beliau sesuai dengan jadual yang telah ditentukan, bertolak menuju kota Kerman selama 2 atau 3 hari. Di sana beliau melaksanakan berbagai kegiatan, seperti ceramah di berbagai mimbar dan berjumpa dengan para ulama dan pelajar setempat. Kemudian, beliau beserta rakan-rakan bertolak menuju kota Zahedan. Di sana ceramah-ceramah beliau yang membangkitkan dan mengobarkan semangat –khususnya yang terjadi pada tanggal 6 Bahman di hari peringatan pemilu dan referendum bikinan Syah Iran- sangat mendapat perhatian khusus masyarakat. Dan pada tanggal 15 Ramadhan bertepatan dengan hari lahirnya Imam Hasan Al-Murtadha a.s., keberanian beliau untuk terang-terangan mengkritik dan mengecam sistem politik rejim Syah sampai pada puncaknya yang menyebabkan pada malam harinya beliau ditangkap oleh polis rahsia rejim Syah (Savak), lantas dibawa ke Teheran dengan memakai pesawat terbang. Di sana beliau disekap dalam lokap konsentrasi di penjara ”Kazal Kaleh” selama 2 bulan. Berbagai hinaan dan siksaan beliau rasakan di penjara tersebut.
Penangkapan ketiga dan keempat
Berbagai kelas di bidang tafsir, hadis dan ilmu-ilmu keislaman yang lain beliau bentuk di Tehran dan Masyhad dengan disambut dan dihadiri oleh banyak sekali kalangan muda berjiwa revolusioner yang menyebabkan kemarahan Savak, sehingga beliau terus menerus diintai dan dimata-matai (Harian ”Ittela’at” no 30387 tertanggal 17-10-1373 HS). Mengetahui hal tersebut, maka pada tahun 1967, beliau tinggal secara diam-diam di kota Tehran. Akan tetapi, setahun kemudian (1968 M), beliau tertangkap lalu dipenjara.
Disebabkan hal yang sama pula, iaitu melakukan berbagai aktiviti seperti melangsungkan berbagai pertemuan, majlis-majlis ta’lim juga melakukan bermacam-macam kegiatan dalam rangka pencerahan ilmu dan reformasi pemikiran, akhirnya beliau ditangkap dan dipenjara kembali. Hal tersebut terjadi pada tahun 1971.
Penangkapan kelima
Bekenaan dengan penangkapan kelima, marilah kita amati tulisan beliau sendiri berkenaan hal itu:
Sejak tahun 1970 telah dipercayai adanya gerakan bersenjata bawah tanah. Para petugas keamanan rejim – dengan berbagai bukti – tidak ragu lagi akan keterlibatan saya dalam gerakan tersebut. Akhirnya pada tahun 1972 saya dihumban kembali ke penjara. Di dalam penjara kali ini betul-betul tampak dengan jelas perlakuan para savak terhadap para tahanan di penjara Askara, khususnya setelah mereka melihat adanya hubungan yang jelas dan tidak dapat dipisahkan antara gerakan bersenjata dengan pusat-pusat pencerahan pemikiran dan da’wah Islam, termasuk di dalamnya kegiatan-kegiatan pengajian saya di Masyhad dan Teheran. Namun setelah saya dibebaskan pengajian tafsir dan ideologi yang dilakukan dengan sembunyi-sembunyi bertambah besar dan banyak pengikutnya. (Harian ”Ettela’at” tertanggal 17-10-1373 HS).
Penangkapan keenam
Diantara tahun 1972-1975 pengajian Tafsir dan Ideologi di Masyhad dilakukan di tiga tempat; Masjid Karamat, Mesjid Imam Hasan dan Masjid Mirza Ja’far dan dihadiri oleh ribuan orang yang haus akan ceramah beliau, khususnya dari kalangan pemuda dan pelajar yang mendapat hidayah dan revolosioner. Begitu juga pengajian Nahjul Balaghah beliau mendapatkan sambutan yang luar biasa, bahkan dibukukan dalam sebuah buku berjudul “pancaran cahaya Nahjul Balaghah” Para pemuda dan pelajar yang hadir memperbanyak salinan buku tersebut dan membawanya ke berbagai desa dekat dan jauh untuk disampaikan kepada masyarakat, sehingga terbuka fikiran mereka dengan pemikiran-pemikiran penting Nahjul Balaghah dan akhirnya menjadikan mereka siap untuk melaksanakan sebuah revolusi islam yang besar.
Oleh kerana itulah pada bulan Januari 1975 datanglah beberapa personal savak ke rumah beliau di Masyhad. Dengan kejam mereka mengeledah rumah, menangkap beliau dan menyita banyak tulisan dan buku-buku beliau.
Ini merupakan penangkapan yang keenam, dan sekaligus merupakan masa-masa sulit, penuh kekejaman dan penyiksaan yang beliau hadapi selama satu tahun di dalam sel penjara, sehingga tak seorang pun kata beliau akan memahami dahsyatnya penyikasaan, kecuali melihat dengan kepala mata sendiri.
Setelah dibebaskan beliau kembali ke Masyhad dan melanjutkan pengajian dan kegiatan keagamaan dan revolusioner seperti biasanya, namun pengajian terbuka dan besar sudah tidak lagi dapat dilakukan.
Masa Pengasingan
Rezim Pahlevi pada akhir tahun 1977 kembali menahan beliau dan mengasingkannya ke kota Iransyahr selama tiga tahun, namun pada pertengahan tahun 1978 penentangan rakyat revolusioner Iran mencapai puncaknya, maka beliau akhirnya dibebaskan dan kembali ke Masyhad bergabung di barisan hadapan dengan para pejuang lainnya melawan para personal savak. Dan akhirnya tercapailah hasil manisnya perjuangan yang penuh dengan penyiksaan, rasa pahit dan melelahkan selama lima belas tahun tersebut dengan kemenangan revolusi Islam dan jatuhnya pemerintahan rezim Pahlevi yang diktator, serta berdirinya pemerintahan Islam.
Di Ambang Kemenangan
Di ambang kemenangan revolusi Islam, sebelum kembalinya Imam Khomeini dari Paris ke Teheran, beliau ikut serta dalam pendirian Syura iy inqilab Islamiy(Majlis Revolusi Islam) atas perintah Imam Khomeini bersama Syahid Muthahhari, Syahid Behesyti, Hasyemi Rafsanjani dan Musawi Ardabeliy. Pesanan khusus Imam Khomeini kepada beliau disampaikan oleh syahid Muthahhari, dan setelah beliau terima, beliau langsung meninggalkan Masyhad menuju Teheran.
Pasca Revolusi
Ayatullah Khamenei setelah revolusi Islam seperti sebelumnya dengan penuh semangat dan kegigihan yang tidak ada bandingannya, beliau terjun dalam kegiatan-kegiatan penting keislaman dalam rangka mendekatkan pada tujuan-tujuan revolusi.
Dalam tulisan yang singkat ini akan disebutkan beberapa kegiatan dan tugas penting yang beliau tanggungi:
Antara pengasas Parti Republik Islam (Hezbe Jumhury Islamiy) dengan bekerjasama dengan orang-orang yang satu visi dengan beliau, seperti syahid Behesyti, Syahid bahonar, Musawi Ardabeliy dan Hasyemi Rafsanjani pada tahun 1980 M.
Timbalan Pertahanan pada tahun 1980 M.
Pembina angkatan bersenjata pengawal revolusi (pasdar) tahun 1980 M.
Imam dan Khatib Jumat tahun 1980 M.
Wakil Imam Khomeini (ra) pada badan tinggi pertahanan (syuraye ‘ali difa’) pada tahun 1981 M.
Wakil Imam Khomeini untuk wilayah Sistan Balucistan dan berhasil menyelesaikan berbagai konflik dan masalah politik pada Mac 1980 M.
Wakil legislatif kota Teheran di Majlis pada tahun 1980 M.
Ikut hadir dengan pakaian militer dalam pertempuran yang dipaksakan terhadap Iran pada tahun 1981 M melawan pengganas Iraq yang didukung oleh super power US saat itu.
Percubaan serangan pengganas yang tidak berhasil oleh para munafiqin pada bulan Julai 1982 M di Mesjid Abu Dzar, Teheran.
Presiden Republik Islam Iran setelah terbunuhnya Syahid Muhammad Ali Raja iy, presiden ke dua Iran, pada September 1981 M dengan kejayaan meraih lebih dari 16 juta suara dan dengan pengesahan Imam Khomeini. Kemudian pada tahun 1985 M beliau terpilih lagi untuk jabatan itu sampai tahun 1989 M.
Ketua Majlis Revolusi Kebudayaan (Syura ye Inqilabe Farhan qi) pada tahun 1981 M.
Ketua Badan Konsultan Pemimpin Spiritual Tertinggi (Majma’ Tasykhisy Mashlahat) pada tahun 1982 M.
Sejak tanggal 4 Juni 1989 M, pasca wafat Imam Khomeini, beliau dipilih oleh Majlis Para Pakar (Majlis Khubregon) sebagai pemimpin spiritual tertinggi dan wali amril muslimin.
Hasil Karya
Karangan dan tahqiq:
1.Pemikiran Islam dalam Al Quran secara global. (Tharhe Kulliy Andisyi ye Islamiy Dar Qur an)
2.Sholat (Az Zhirfa ye Namaz)
3.Makalah dalam bab kesabaran (Guftare Dar Shabr)
4.Empat kitab standar dalam ilmu Rijal (Chor Kitab Ashliy Dar Ilmi Rijal)
5.Wilayah (Wilayat)
6.Catatan historis dan masakini hauzah ilmiyah Masyhad (Guzaresyi Az sabeqeye Tarikhiy Wa Awdha’i Kununiy Hauzeye IlMiye Masyhad)
7.Pemimpin yang benar (Pisywaye Shadeq)
8.Persatuan dan partai (Wahdat Wa Tahazzub)
9.Seni dalam pandangan Ayatullah Khamenei (Hunar Az Didgohe Ayatullah Khamenei)
10. Pemahaman yang benar terhadap agama (Durust Fahmidani Dien)
Terjemahan:
1.Perdamaian Imam Hasan oleh Radhiy Al Yasin (Shulhul Imam Hasan)
2.Masa depan dalam pandangan Islam oleh Sayyid Quthub (Oyandeh dar Qalam Ruwe Islam)
3.Muslimin dalam kebangkitan pembebasan India, oleh Abd. Mun’im Namiriy Nashriy (Musalman Dar Nehdzate Azadiy Hindustan)

0 comments:
Posting Komentar