Wanita dalam Islam  sebenar (seperti di dalam al-Qur'an) 
Kedudukan kaum wanita dalam masyarakat Islam  agak menyedihkan. Mereka dipersendakan pada sesetengah majlis syarahan agama,  dikenakan beberapa peraturan yang ketat, atau disifatkan lebih rendah daripada  kaum lelaki. Mereka menjadi mangsa keganasan lelaki, mangsa dalam perceraian,  mangsa yang digantung tidak bertali, atau mangsa yang sanggup membuang bayi yang  dilahirkannya dengan banyak kepayahan. Kemelut ini berpunca dari kejahilan yang  terbit dari input yang tidak sempurna dalam didikan agama. Input yang  dimaksudkan ialah ajaran daripada Allah yang terkandung di dalam al-Qur’an.
Kertas  ini bertujuan untuk menyampaikan mesej yang banyak daripada Allah mengenai kaum  wanita; lantas ia menjadi agak panjang. Di sini mungkin terdapat ayat-ayat Allah  yang tidak pernah didengarkan oleh orang-orang yang bertanggungjawab. Semoga  dengan munculnya ajaran Islam yang sebenar, iaitu daripada al-Qur’an, maka  lenyaplah amalan palsu mengenai kaum wanita yang sedang diamal oleh sebahagian  besar masyarakat Islam.
 
0 comments:
Posting Komentar